Monday, January 30, 2012

Lagu Sekolah

Tajuk Lagu "Gigih dan Tabah"

Kami warga SK. St. Martin
Gigih dan tabah berusaha
Menyahut cabaran Negara
Kearah mencapai cita-cita....,

Kepada guru kami setia
Mendukung ilmu berguna
Segala ilmu kami, jadikan bekalan
Untuk masa hadapan....,

Rela jiwa kami sahut cabaran
Rukun Negara jadi panduan....
Ibu bapa kami beri sokongan
Bersatu mencapai kejayaan....

Kami warga SK. St. Martin
Gigih dan tabah berusaha
Menyahut cabaran Negara
Kearah mencapai cita-cita.

Thursday, January 26, 2012

Logo Sk St Martin Merdang



Makna Lambang Pada Lancana

Buku Yang Terbuka

Melambangkan gedung ilmu terbuka kepada semua yang sedia dan rela mencari serta mengajar pengetahuan.

Warna Hijau

Melambangkan pelajar-pelajar adalah seperti tanah yang segar dan subur. Hanya menunggu ilmu ditanam dan dipindahkan kepada mereka.

Warna Kuning

Melambangkan kesucian serta kesetiaan dalam mengajar cita-cita murni.

Warnah Merah

Melambangkan keberanian dan ketabahan menghadapi rintangan.

Topi Biskop

Melambangkan bahawa sekolah ini dipolopori dan diasaskan oleh mubaligh dan Biskop adalah ketuanya.

Roda

Melambangkan bahawa menuntut ilmu adalah seperti roda yang sentiasa berputar dan tiada penghujungnya.